Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

Hantu, pocong. toyol, pontianak, bunian, langsuir, jembalang??

labels:



Salam'alik...

Alhamdulillah......... pertama dan selamanya d-rast panjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan satu nikmat yang paling besar iaitu nikmat nafas bagi meruntuni dan melunaskan tanggungjawab yang dipegang dan diamanahkan oleh Allah s.w.t. Tanpa nafas bererti kita telah berada disuatu alam lain sebelum menanti alam yang penuh dengan pembalasan samada baik atapun buruk.... alam yang kekal selamanya.. alam Akhirat..

untuk entry kali ni, d-rast nk kongsikan sedikit berkenaan perihal benda yang dipanggil MAKHLUK HALUS..




Mesti ramai yang seram, meremang bulu roma n x kurang gak yang kecut perut bile dengar perihal makhluk halus ni..

(Maklumat dan fakta dalam entry kali ni adalah dari kuliah mingguan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan dari buku karangan beliau yang bertajuk - menjawab persoalan Makhluk Halus kaitannya dengan penyakit dan pengubatan, edisi pertama, cetakan Jun 2009)

kalau ikut definisi dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, makhluk halus diertikan sebagai, hantu, bunian, jembalang, puntianak, langsuir, pelesityg merupakan roh jahat yang merasuk dan melakukan pelbagai kemudaratan kepada manusia.

Dalam kamus arab yg terkenal seperti Al-Munjid, Lisan al-Arab, mukhtar al-Sihah dan lain-lain menyatakan erti bagi istilah makhluk halus bermaksud roh jahat atau kotor yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-ana Adam dengan pelbagai-bagai cara.

Sekiranya merujuk kepada Al-Quran dan Hadith-Hadith Nabi Muhammad SAW, kita akan menemui istilah yang samma. semua istilah ini samada dalam Al-Quran ataupun Hadith merujuk kepada wujudnya maklhluk halus ataupun roh-roh jahat yang menggangu manusia dengan pelbagai cara.

Malahan dalam Surah Al-Ahqaf ayat 29 dan disebutkan juga dalam hadith yang sahih bahawa Rasullullah SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat Al-Quran. Hadith daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan bahawa Nabi SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah.

Makhluk Halus itu memang wujud dan wajib dipercayai dan yang membezakanhanyalah pada istilah atau terjemahannya sahaja sedangkan kesemuanya adalah makhluk yang sama.

Fakta menarik:

Nama-nama golongan 'Makhluk halus' dan jumlah sebutan yang terdapat dalam Al-Quran:

1) Syaitan - 88 kali
2) Ifrit - 1 kali
3) Iblis - 11 kali
4) Qarin - 12 kali
5) Jin - 39 kali

6) Khonnas (Jin yang membisikkan hati manusia) - 1 kali


Contoh-contoh Makhluk Halus dalam Alam
Melayu adalah seperti berikut:

1. Syaitan / Iblis / Setan
2. Polong
3. Pucung
4. Pontianak
5. Penanggalan
6. Jin Pelesit
7. Mambang
8. Hantu
9. Orang Bunian
10. Toyol
11. adian
12. Jin Ifrit
13. Jembalang
14. Binatang Keramat


(Maklumat dan fakta dalam entry kali ni adalah dari kuliah mingguan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan dari buku karangan beliau yang bertajuk - menjawab persoalan Makhluk Halus kaitannya dengan pnyakit dan pengubatan, edisi pertama Jun 2009)



Wassalam...
3 jom komen:

to ain fathihah: hantu stdy tu ad kot.. tp rsenyer x trgolong lg dlm kategori makhluk haluus... huhuhu


ada pengalaman ke jupe ngan hantu nnie


Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers


pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget