Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

Dilema Menjelang peeperiksaan.....






Salam'alaik....


Sedar tak sedar kita telah menghampiri satu medan yang digelar Medan PEPERIKSAAN yang memerlukan kemantapan rohani dan jasmani yang secara rutinnya akan dihadapi oleh seseorang yang bergelar Mahasiswa dan medan itu akan menyusul tidak lama lagi di Legenda ini. Ia kian hampir hinggakan jari jemari ini cukup untuk mengiranya.

Samada kita suka ataupun tidak, disetiap hujung semester kita akan ber
hadapan dengan medan ini. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah satu medan bagi menguji kemantapan dan kefahaman ilmu yang dicurahkan oleh para pensyarah sepanjang berjalannya sesi pembelajaran.

Adakah kita cukup sedia menghadapi medan itu? sedia yang bagaimana?


Bilamana melihat suasana dikala peperiksaan kian hampir, pelbagai karenah dan gelagat akan kita lihat terutamanya pada minit-minit terakhir menjelangnya peperiksaan. Masing-masing akan membuat persiapan, bersedia dan berusaha hingga ke minit t
erakhir sebelum masuk ke medan itu.

Rumah yang sebelumnya sunyi, meriah dikunjungi rakan-rakan, game bertukar menjadi buku, tangan yang membelai kekasih kini lancar menggenggam pen, longkang-longkang dan taman-taman monyok kesunyian, mulut yang dulunya terkunci rapat kini petah bertanya, ottak yag tepu diasah, digaul, dipaksa, mata yang terkuyu layu dibeliakkan sebesar-besarnya, tumpuan hanya kearah skrin putih bernama nota......



Namun, tidak kurang juga yang hanya memandang remeh hinggakan masih leka dan lalai dibuai teknologi yang semakin canggih yang bernama GAME. Dikala kertas peperiksaan didepan mata, mereka mengharapkan toyol-toyol muncul dan itulah talian hayat mereka.

Akan tetapi persoalan yang ditimbulkan adalah sejauh mana persiapan ya
ng dibuat itu mampu menjadikan kita seorang hamba yang benar-benar ikhlas dalam amalannya dan adakah ilmu yang diperolehi mendapat redha dari Allah SWT..??


Dalam konteks kita sebagai seorang yang bergelar mahasiswa terutamanya seorang yang bergelar muslim, seharusnya medan peperiksaan ini kita jadikan satu me
dan ujian dan tarbiah bagi diri kita demi kesinambungan kecemerlangan diri dimasa akan datang bukan semata-mata untuk mencapai tujuan duniawi tetapi menuju ke matlamat yang sebenar iaitu mendapatkan Redha Allah semata-mata. Tanpa redha dari Allah, sia-sialah ilmu yang kita perolehi sepanjang tempon pengajian.

Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):

"Barangsiapa yang menuntut suatu ilmu (yang semestinya) untuk mendapat r
edha Allah (tetapi) ia tidak menuntut melainkan untutk mendapat ganjaran duniawy, niscaya kelak dia pada Hari Kiamat tidak akan memperolehi bau syurga.

[HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah]


Alangkah moleknya jika kita jadikan peperiksaan ini sebagai platform untuk mendekatkan diri (taqarrub) dengan Sang Pencipta yang menentukan segala-galanya. Sepatutnya budaya ini berlaku lebih-lebih lagi kita selaku insan yang lemah dan usaha sahaja tidak mencukupi tanpa iringan doa dan pengharapan pada Sang Pencipta.

Disamping kita berusaha dalam memenuhkan diri dengan kelengkapan
jasmani, lagi indah jika kita mempersiapkan diri mereka dengan ‘kelengkapan’ rohani yang begitu mantap. Di waktu ini lah kita seharusnya mengenal masjid dan kepentingan solat berjemaah lima waktu. Tak ketinggalan, waktu ini juga adalah sesuai bagi mentarbiah diri dengan melakukan amalan puasa sunat Isnin dan Khamis di samping bangun pada setiap malam untuk bermunajat dan mengadu kepada Yang Maha Esa..

Medan ini adalah medan yang terbaik bagi membuktikan sejauh mana kita benar-benar melaksanakan amanah yang telah diwasiatkan oleh kedua ibubapa kita tatk
ala pertama kali menjejakkan kaki di bumi Legenda ini. Tiada seorang ibu ataupun ayah yang ingin melihat anaknya gagal. Inilah pengharapan mereka yang kita pikul samada sedar ataupun tidak. mereka inginkan anak mereka berilmu dan menjadi insan yang soleh dan solehah kerana menuntut ilmu itu besar ganjarannya.

Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah akan mempermudahkan baginya jalan (menuju) ke syurga.

[HR Muslim]


Sama-samalah kita bermuhasabah dan kembali beristighfar terhadap dosa dan kelalaian kita selama ini. Janganlah ketika gendang peperiksaan mula dipalu barulah kita berazam untuk berusaha sebaik mungkin serta meninggalkan perkara-perkara lagha dan maksiat.


**** Mudah-mudahan kita diberikan taufiq, petunjuk dan kekuatan oleh Allah Taala dalam menghadapi medan PEPERIKSAAN pada kali ini..




2 jom komen:

Semoga Berjaya Dalam Final Exam...Dunia dan Akhirat =)


syukran2... heheheheh.....


Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers


pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget