Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

perancangan Allah swt jua yang terbaik bagi manusia.

Salam'laik...


agak lame rasenyer x mencoret sesuatu dalam blog ni... asyik copy paste artikel jerk... huhuhuh...

Baru-baru ini bnyk berlakunya sesuatu yang diluar dugaan kita. Dugaan Allah buat hambanya yang berjuang kejalanNya demi menentang segala kejahatan, kezaliman dan kerakusan musuh-musuh Nya..

Di Palestin, tibanya tahun baru hijrah disambut dengan ribuan peluru yang jatuh bagai hujan yang tiada henti. Ribuan insan yang tidak berdosa terutamanya golongan Kanak-kanak dan wanita terkorban dan ribuan lagi yang cedera parah. Harta benda dan tempat tinggal musnah. Tiada apa yang tinggal.... semuanya angkara Israel Laknatullah...

Di Bumi Malaysia, bermulanya kancah politik yang mencabar pelbagai pihak di sebuah negeri bernama Perak. Dimulai dengan ADUN Bota yang keluar dari UMNO dan menyertai PKR dan kemudian melompat kembali menyertai BN setelah 10 hari bersama PKR. Kemudian disusuli dengan kehilangan ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang yang juga merangkap exco negeri Perak yang hilang tanpa dapat dikesan. Apabila muncul, mereka mengesahkan kleuar dari PKR dan menjadi ADUN bebas termasuklah seorang ADUN DAP yang keluar dari parti DAP kerana tidak sehaluan...

Tidak lupa, pihak istana yakni sultan yang terjerumus sekali dalam pergolakan ini. Manakan tidak, keputusannya untuk tidak memperkenankan Menteri Besar Perak, YB DS Nizar untuk membubarkan DUN di Perak telah menimbulkan satu suasana tidak puas hati dan pemberontakan dari hampir Keseluruhan Rakyat terutamanya rakyat Perak.... semuanya bermula angkara UMNO.....


Tak kira betapa hebat kita merancang atau bersedia dgn ilmu yang ada, ada kalanya perancangan kita tidak menjadi. Memang manusia itu suka merancang tetapi Allah swt juga merancang tetapi perancangan Allah swt jua yang terbaik bagi manusia. Manusia hanya dapat merancang apa jua tetapi yang hendak menentukan perancangan itu berjaya atau tidak terpulanglah kehendak Allah swt.


InsyaAllah, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang berniat busuk. Kita harapkan segala strategi dan usaha jahat musuh digagalkan oleh Allah.

Wallahualam..
0 jom komen:
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers


pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget