Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

Palestine...

labels:

Pemimpin Hamas bersama 4 isteri dan 10 anak shahid dibom Yahudi



BANDAR GAZA: Jet pejuang Israel meneruskan serangan ke atas Gaza semalam, sehari selepas menggugurkan bom seberat satu tan ke atas rumah pemimpin Hamas, Nizar Rayyan, menyebabkan beliau dan 18 anggota keluarganya terkorban.

Menurut laporan, pesawat F-16 Israel membedil rumah lima tingkat milik Rayyan di kem pelarian Jabaliya dengan dua butir peluru berpandu menyebabkan beliau, empat isteri, 10 anak beliau, serta empat jirannya terkorban.

Letupan yang kuat itu menghumban mayat Encik Rayyan ke jalan raya, menurut para saksi.

Semalam, kumpulan militan Palestin berikrar menuntut bela di atas kematian Rayyan, 51 tahun, dan keluarganya.

'Kami tak akan berdiam diri sehingga kami musnahkan entiti Zionis,' kata seorang pemimpin Hamas, Fathi Hammad, di upacara pengebumian Rayyan.

Rayyan adalah pemimpin Hamas paling kanan terbunuh sejak Abdel Aziz al-Rantissi dibunuh Israel pada 2004. 'Semua pilihan kita terbuka, termasuk serangan bom nekad,' kata jurucakap Hamas, Ismail Rudwan.

Pesawat dan meriam tentera laut Israel melancarkan lebih 50 serangan ke atas 15 sasaran Hamas kelmarin.

Dalam taktik terbaru, tentera Israel menghubungi beberapa rumah memberi amaran kepada penduduk sebelum melancar serangan.

Pada sestengah kes pesawat malah melepaskan bom bunyi sebelum meranapkan rumah dengan peluru berpandu, kata para pegawai Palestin dan Israel.

Pesawat Israel turut menggugurkan risalah memberitahu penduduk nombor sulit dan alamat e-mel supaya mereka melapor lokasi roket militan kepada Israel.

Awal semalam, Israel menyerang 20 lagi rumah militan Hamas dan sekutu mereka. Malah sebuah masjid di Jabaliya turut dibedil kerana disyaki 'sarang pengganas' dan jadi tempat menyimpan roket dan senjata militan.

Dengan askar dan kereta kebal sudah berhimpun di sempadan Gaza, Israel membenarkan 300 warga asing, termasuk dari Amerika Syarikat, Russia, Turkey dan Kazakhstan meninggalkan Gaza.

Hamas berkata separuh mangsa yang terkorban anggota pasukan keselamatannya.
Sementara itu ribuan orang menunjuk perasaan anti-Israel di serata dunia semalam, termasuk di Pakistan, Afghanistan dan Indonesia.

Lebih 10,000 orang di Indonesia menyertai tunjuk perasaan anjuran Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Jakarta, mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.

'Ini untuk menunjukkan kepada dunia rakyat Indonesia menyokong perjuangan rakyat Palestin,' kata timbalan ketuanya, Encik Hilman Rosyad Syihab. / Agensi




Israel laknatullah. . Jenazah Nizar Rayyan sekeluarga diarak warga Palestin sebelum dikebumikan





Rayyan (tengah) merupakan pemimpin kanan Hamas ketika hayatnya






Warga Palestin sembahyangkan jenazah Rayyan sekeluarga





0 jom komen:
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers

pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget