Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

LAwak: Kisah di Tanjung Rambutan.....

labels:
LAMPU SULUH

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui
pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr buat
keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan
terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau
Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu sini
sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan
terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya panjat.....saya
pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan
terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.



KUTIP RAMBUTAN

Aku mengikuti latihan induksi sebulan di Tg Rambutan sebelum masuk bekerja di
Hospital. Aku suka berjogging didalam kawasan Tg Rambutan yang segar dan luas
itu. Aku suka memerhati perangai Orang gila yang di biarkan merayau di sekitar
dalam kawasan tersebut. Biasanya yang dibiarkan keluar dah pandai bedikari.

Aku perhatikan satu pesakit sedang mengutip buah rambutan dibawah pokok rambutan
yang rendang dan lebat buahnya.

Aku tegurnya..."Kenapa Abang kutip buah yang kat bawah tu..kan ada lagi buah kat
atas pokok tu..."

"Doktor ulang lagi sekali pertanyaan Doktor tu" tanya pesakit tersebut sambil
mem,asukkan buah rambutan yang dikutip.

Aku pun ulangkan lagi.." kenapa kutip buah tu......kan kat atas pokok banyak
lagi"

"Apa lah doktor ni..kalau atas pokok kita kena kait dengan galah bukan boleh
kutip...kat bawah bolehlah kutip.."selambanya dia jawab kat aku.

Aku terpinga pinga.....malupun ada jugak

Dia datang dekat aku...."minta 20 sen!!"

Ku pun hulurkan RM 1 dengan ikhlas.

"Ngaji jer pandai...seringgit dengan 20 sen pun tak kenal....kait dengan kutip
pun tak tahu....Doktor jadi macam saya ni..makan pun free kat sini..tak payah
ngaji pun..." leter pesakit sambil berlalu setelah ambik duit aku.

Ahazzzz...terkena aku ngan pesakit tu....
0 jom komen:
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers

pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget