Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

Perjalanan sepanjang Ibadah Korban 1429H...

Salam'alaik...

*****(klu nk tgk gambor2 lain, klik kt Koleksi Gmbar Diriku.. kat sebelah kiri blog)


Sembahyang raya.....

Dari malam hingga ke pagi hujan tidak brhenti-henti... Mungkin ia menandakan Rahmat Allah kepada Umatnya bersempena sambutan AidulAdha 1429H agaknya... Alhamdulillah... seawal jam 8.00 pagi aku terus bersiap menuju ke surau biru Legenda... bile dah sampai dan menjejakkan kaki kat dalam surau... aik? ak skrang ade kt luar negara atau kat Malaysia? Majoriti student yang dtg sembahyang raye kat surau terdiri dr warga foreingner.. beberape kerat jerk budak local... erm.. satu pengalaman baru...



teringat family di kampung halaman


Ak terus duduk smbil mendengar alunan Takbir dari saudara Abdullah, student arab... ALlahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar... tetiba hati sebak terkenangkan family di kampung halaman... paling ku ingat wajah ibu dan ayah.. rse sedih la plak... tegah duk feeling.... tetibe tersentak sekejap... aik.. lain la plak bunyi takbir diorang ni... setelah ak amati bibit2 lafaz takbir...oooooo... kat arab mcm tu rupenyer takbir diorang....





Alhamdulillah, sembahyang dan khutbah raya berjalan dengan lancar.... Sholat diimamkan oleh Pak Akki Kurniawan, pensyarah berasal dari Indonesia dan Khutbah dismpaikan oleh Sdr Muhammad berasal dari Nigeria... Khutbah disampaikan dalam bahasa english.... satu lagi pengalaman baru...







Sholat dah selesai, khutbah pon dah selesai... kami disajikan dengan sedikit jamuan yang disediakan Pak Ekki Kurniawan... goreng pisang, keledek goreng, keladi goreng, teh ais, teh O ais... macm2 ada... seronok plak bile tgk mamat foreigner mkn... rse nk gelak pon ade.. mcm2 ragam... sambil2 tu... ak smpat ambik gambr kenang-kenangan ngan diorang.. mcm2 budaya, bangsa, pakaian, bahasa, rupa, warna kulit, namun bersatu dalam satu agama iaitu ISLAM!! Allahuakhbar!!



Bermulalah ibadah yang dituntut iaitu IBADAH KORBAN....


hujan masih renyai2.. tmpt sembelihan kat Kampung Gebok, kampung berhampiran kolej... erm, so, ak kne tunggu hjn berhenti coz ak just ade motor jerk... tunggu punya tunggu, hujan x brhnti la plak... jam dah menunjukkan jam 12.00 tgh hari.. ak nekad meredah hujan bersama sdr Azim... Alhamdulillah dalam 10 minit sampailah ke destinasi yang dituju...





ringan sama dijinjing, berat sama dipikul...


sesampai jerk... nmpk smue duk sibuk melapah lembu... alahai.. igtkan dah lambat... x leh la tgk Tok Imam sembelih, rupenyer lembu sumbangan dr pihak kolej belum sembelih!! Alhamdulillah, dapat gak tgk... Allah mengkabulkan hajatku... Kegembiraan terukir diwajahku...


tibalah masa untuk Lembu dikorbankan... ak mndpt satu lg berita gembira.. Nama aku ada skali dlm bahagian korban!! Alhamdulillah.. Nikmat dr Allah... kat bwh ni adalah senarai nama yang turut berkorban...

Sdr Khairul Rizal Mustafar, Sdr Azim, Sdr Rasyid Rohim, puan Hanidah, Puan Salimah, Sdr Ibrahim dan En Haja Mydin... seekor lembu lg... Dr. Rasul, Pak Ekki, Pakcik Derus, Pak Adoef, Dr. Kamis Awang, Sdr. Muhammad dan Sdr Abdullah


Allahuakhbar, Allahuakhbar. ALlahuakhbar!!!!





Ibadah korban sedang dijalankan....




terkorbannya seekor lembu... erm... blood fobia.. tu duk jauh ckit...


Skrg tiba masa melapah lembu.... proses mengasingkan perut, dan kulit dilakukan dengan bantuan penduduk kamung Gebok... kemudian bahagian2 lembu dimasukkan kedalam lori dan proses melapah dilakukan sendiri oleh staff dan student kolej.. bertempat di dewan terbuka berhampiran Food Court... student local ak ngan sdr Azim...







Alhamdulillah... Tertunailah sudah Ibadah korban tahun1429H... segala puji bagi Allah yang telah melncarkan segalanya. Tanpa rahmat, kurnia dan izin dari mu ya Allah.. tidak mungkin semua ini berlaku... Moga ibadah korban yang kita lakukan diterima oleh Allah hendaknya..


Mcm2 pengalaman, perasaan dan peristiwa yang ak dapat dan lalui sepanjang sambutan hari raya korban 1429H ni... bermula dari persiapan sembahyang raya sehingga selesai segalanya... semua ini adalah sesuatu yang amat berharga buat diriku... Namun, smuanya adalah dengan bantuan dan kekuatan dari ALLAH semestinya.. tanpa bantuan dariNya tidak mungkin ak boleh menempuhi segalanya...

Wallahualam..

Allahuakhbar, Allahuakhbar. ALlahuakhbar!!!!


******(klu nk tgk gambor2 lain, klik kt Koleksi Gmbar Diriku.. kat sebelah kiri bolg)






0 jom komen:
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers


pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget