Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan
kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan
akan memberikan motivasi yang paling berkesan kpd setiap individu dlm masyarakat sekeliling
sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada
dengan mengucapkan salam,bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya.
Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita
dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
Sumber : http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php
Update No 37
-
Oh well, I’ve never thought that at the age of 37, when I’m closer to 40
than ever, I still have the energy, focus, and time to update this blog. Or
specif...
1 month ago
Post a Comment