Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

Didik anak peka dengan kebersihan.........





"Mak, mana hendak buang kulit rambutan ni??" Tanya si anak kepada emaknya yang sedang memandu

"Campak saja ke luar tingkap," kata si emak. Si anak tadi pun mengikut kata ibunya, selamba membuang kulit-kulit rambutan ke luar tingkap, tanpa rasa bersalah.
"Ah, DBKL kan ada. diorang akan bersihkan." Itulah alasan kita, apabila anak-anak membuang merata-rata kertas bungkusan makanan di taman-taman awam.

Inilah antara perkara-perkara yang dipandang remeh berlaku pada anak2 kita. Anak-anak dilatih bukan menjadi pembersih, sebaliknya menjadi pengotor "berkat" didikan ibu ayahnya. kemudian ibubapa sebegii menghadapi pellbagai masalah. terdengarlah suara-suara keluhan,
"mengapa anak saya menjadi pengotor, buku sekolah berkedut-kedut macam kertas bungkus belacan, seluar sekolah koyak rabak dan sebagainya"

kini, dimana-mana sering timbul atau dibangkitkan masalah kebersihan. masalah ini seakan-akan semakin sukar dibendung. dan mungkin keadaan ini akan bertambah buruk pada masa akan datang jika kita tidak mengambil langkah-langkah pencegahan.




Bagaimana??
Bermula daripada anak-anak yang masih kecil, didiklah mereka supaya cinta kepada kebersihan dann peka kepada sesuatu yang kotor. mereka perlu tahu dan cinta pada kebersihan diri, tempat tinggal, alam sekitar dan sebagainya.



Petikan dari majalah SOLUSI isu ke 14
0 jom komen:
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers

pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget