Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

Coretan PRK Kuala teremgganu...

labels:
(gambar sepanjang pilihanraya terengganu akan diupload kemudian)


Salam'alaik..


Alhamdulilah.... Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kekuatan untuk diriku bersama-sama beberapa orang sahabat dari legenda berjuang menegakkan Islam di bumi Terengganu...

Kami berangkat menuju ke medan perjuangan pada jam 6.30 ptg 15/01/2009. walaupun pada mulanya berlaku bnyk masalah namun dengan berkat doa dan usaha dr semua pihak, maka kami dapat juga berangkat ke destinasi dengan tenang...

setelah kami menempuhi perjalanan yang agak panjang iaitu selama hampir 7 jam, kami singah sebentar untuk berehat di Masjid Rusila Marang Terengganu sehingga masuknya waktu Subuh. Untuk makluman Masjid Rusila adalah MAsjid TUan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS. MAsjid dipenuhi dengan penyokong dan petugas PAs yang turut tidur dan berehat disitu.

Pada pagi tersebut, Sholat Subuh telah diimamkan oleh Tuan Guru Hadi Awang dan diikuti denagn kuliah subuh yang disampaikan oleh beliau sendiri. Kami telah menunaikan Sholat jumaat di salah satu Masjid di Wakaf Mempelam yang mana khutbah telah disampaikan oleh menteri Besar Perak, IR Nizar dan sholat diimamkan sendiri oleh beliau.... ... Begitulah sedikit coretan berkenaan perjalanan menuju ke Kuala Terengganu...


Hari Mengundi

Seawal jam 7.30 pagi, kawasan berhampiran tempat mengundi di UPU Bukit Besar, DUN Ladang dipenuhi oleh para penyokong kedua- dua belah pihak. Situasi dikedua-dua pondok panas dipenuhi dgn petugas dan penyokong masing2... Untuk makluman, pembahagian tugas di semua unit peti undi PAS adalah mengikut negeri masing2. Ak dan sahabat legenda mewakili kontijen Negeri Sembilan...


Suasana meriah dengan laungan Takbir dan Selawat berkumandang sebaik sahaja Tempat mengundi dibuka... kulihat dikalangan muslimat tidak henti2 berzikir dan berdoa memuji Allah.. terdetik dihatiku... Ya Allah, indahnya perjuangan Islam!!

berbeza dengan Puak UMNO dan BN!! terpekik terlolong melaungkan kalimah keramat mereka HIDUP BN!! Puteri mereka dengan berbaju pink sibuk terjerit2 meraih undi... pemuda dengan perangai dan kelakuan yang boleh diistilahkan sebagai pengganas.... apa yang mereka dapat? pahala? sudah tentu tidak... yang pasti wang ringgit akan menanti mereka...

Laungan Takbir Dan Selawat terus menerus diungkapkan oleh penyokong dan petugas PAS tanpa henti sehingga peti undi ditutup iaitu kira2 jam 5 ptg. Kepanasan mentari, provokasi dari puak BN dan maki hamun, namun semua itu tidak sesekali menghalang mereka untuk terus bersemangat bagi menegakkan ISLAM di bumi kuala terengganu....


AKhirnya.... pada kira2 jam 9.45 malam telah diumumkan KEMENANGAN calon PAS, HAJI MOHD ABD WAHID ENDUT dengan 32,883 undi, calon BN, DATUK WAN AHMAD FARID WAN SALLEH dengan 30,252 undi manakala calon bebas AZHARUDIN MAMAT @ ADAM dengan 193 undi...

TAKBIR!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!
1 jom komen:

perjuangan islam tu indah bila hati itu hanya kepadanya.. bukan terletak kepada laungan yang kita pekikkan.. apa yg kita kerjakan,amalkan dan apa yang kita pegangkan..


Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers


pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget