Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

1234, Aris Ariwatan.....

Masihkah sahabat ingat akan lagu ini? Lagu yang amat memberikan impak kepada saya ketika kecil bilamana lagu ini berkumandang di corong-corong radio.Hati seorang budak kecil yang masih bersih dan berazam dengan penuh keyakinan untuk membalas jasa ibu dan ayahnya setelah dewasa dan berjaya kelak. Namun monolog dalaman diri berkata,sejauh manakah telah aku laksanakannya?

Sahabat, hati kecil seorang ibu takkan pernah melupakan anaknya. Hati setabah hati seorang bapa sentiasa mendoakan keselamatan anaknya. Bagaimana hati mu? Cukupkah engkau mengingati mereka walau dalam doa mu?


Sekadar renungan ketika dunia sibuk dengan saudara di Palestin, jangan kita lupakan mereka yang sentiasa mengingati kita.









0 jom komen:
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers

pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget