Hati ini.....
Daripada pandangan mata. Daripada pandangan telinga. Bahkan daripada seluruh pengucapan rasa dan deria, ia pada akhirnya berjejak di HATI....

Yoga dan Merokok , dua-dua Haram

labels:
Percaya atau tidak Yoga dan Merokok kedua-duanya telah difatwakan Haram. Tak percaya , rajin-rajinlah jenguk laman web E Fatwa JAKIM. Haram tetap haram , samada hendak terus mengamalkan Yoga atau terus menghisap rokok , itu terpulang kepada diri masing-masing. Jawablah sendiri dalam kubur depan malaikat dan di hari akhirat depan ALLAH.

Merokok hukumnya haram , membantah fatwa merokok menambahkan lagi soalan untuk dijawab diakhirat nanti.

Ingat ramai penagih dadah , penghisap ganja di Malaysia ini bermula dari tabiat merokok.

Kepada orang Islam yang menghisap rokok yang pergi masjid , yang tak tinggal solat , yang undi parti berasaskan Islam , tapi suka kerana Yoga diharamkan , jangan suka sangat , ingat , merokok dan Yoga tu sama saja haramnya di sisi Islam. Kepada yang tak hisap rokok , tak amal Yoga pun , banyak banyaklah muhassabah diri , cari kelemahan diri masing-masing , untuk diperbaiki. Bentuklah masyarakat yang berkasih sayang , ingati mengingati dan berpesan pesan antara satu sama lain.

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
Tajuk : FATWA TENTANG ROKOK
Fatwa :
i. merokok adalah haram
iii. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1381

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
Tajuk : MEROKOK
Isu : Hukum merokok
Keputusan : Merokok adalah haram
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=281

Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis
Tajuk : Fatwa Negeri Perlis Mengenai Rokok
Keputusan : Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=350

Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Tajuk : FATWA TENTANG MEROKOK
Fatwa :
(1) Merokok adalah haram
(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=380

Oleh : Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak
Tajuk : Merokok Pada Pandangan Islam
Keputusan : "Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan"
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=845
0 jom komen:
Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
"jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

Followers


pelawat...


Masa dan Ketika....

Blog Updates

Jom SeMBang.....


ShoutMix chat widget